♥FoLLow My BloG♥

MENGHASILKAN USER DAN PASSWORD ACCOUNT



                  MENGHASILKAN USER ACCOUNT

Sekiranya pemilik komputer tidak mahu orang lain menggunakan komputer mereka,  pemilik tersebut perlu mencipta login dan password di komputer masing-masing.  Sila rujuk langkah menghasilkan User Account dan mewujudkan password yang disediakan di bawah :-



i.                    <Start à Control Panel à User Account>



ii.                    Klik pada menu Create a new account

iii.        Masukkan nama pada ruangan Type a name for the new account iaitu login yang dikehendaki sebagai contoh : iman dan klik Next


iv.                    Klik Create Account

v.           Maka akan wujud login yang diberi nama sebagai iman

MEWUJUDKAN KATA LALUAN (PASSWORD) PADA USER ACCOUNT

i.           Klik pada icon login yang diberi nama sebagai iman

ii.              klik pada Create a password



iii.  Masukkan kata laluan (password) yang dikehendaki pada ruangan Type a new password : dan juga pada ruangan Type a new password again to confirm.
               




Teng read my entry.Plz like n Give Comments

PENGENALAN VIRUS KOMPUTER


                    Virus Komputer

Virus komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program bertujuan merosakkan sistem operasi dan menyebabkan komputer tidak boleh berfungsi dengan baik.  Apabila kita menjalankan perisian atau cuba mencapai cakera yang dijangkiti virus,  maka virus tersebut akan diaktifkan.  Virus yang telah diaktifkan boleh melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain,  memaparkan maklumat tertentu di monitor,  memusnahkan fail maklumat atau memadam keseluruhan cakera keras (hard disk).  Virus komputer juga boleh diprogramkan untuk bertindak pada masa-masa atau hari tertentu yang telah ditetapkan.  Contoh virus ialah Brontok, Worm, Trojan.


                  Mengapakah Virus Komputer Dicipta

Virus-virus telah dicipta sebagai projek penyelidikan, usikan, dan laku musnah, serta juga untuk menyerang produk syarikat-syarikat tertentu, menyebarkan pesanan politik, dan memperoleh keuntungan dari pencurian identiti. Ada juga virus dicipta untuk tujuan baik Ada sesetengah virus dicipta bertujuan untuk melaksanakan misi yang baik. Ia menyebarkan penambahbaikan kepada aturcara-aturcara yang dijangkitinya, atau menghapuskan virus-virus yang lain. Walaupun demikian, virus-virus sebegini adalah agak jarang. Ia masih menelan sumber sistem, dan mungkin akan menjejaskan sistem yang dijangkitinya tanpa sengaja serta juga kadangkala dijangkiti oleh virus yang lain dan bertindak pula sebagai vector ( pemandu ) untuk virus jahat. Tanpa disengajakan, aturcara-aturcara "virus baik" yang tidak ditulis dengan teliti juga boleh menjadi virus yang mendatangkan keburukan pada dirinya (umpamanya, 'virus baik' yang sebegini boleh tersalah mengenal pasti fail sasaran dan dengan itu, tersalah menghapuskan fail sistem). Tambahan pula, ia biasanya bertindak tanpa meminta sebarang kebenaran daripada pemilik komputer.


                Cara Penyebaran Virus Dilakukan

ü Melalui media storan seperti disket,  cakera keras,  pen drive,  external hard disk yang sebelumnya sudah dijangkiti virus.  Jangkitan akan terjadi ketika membaca fail,  menyalin fail bahkan cuma melihat daftar isinya sahaja.

ü Melalui e-mel iaitu ketika menerima e-mel yang ada lampiran (attachment).  Biasanya e-mel yang mengandungi virus ada lampiran fail seperti *.zip,  *.com,  *.exe,  *.vbs,  *.rtf,  *.dll,  *. scr dan *.pif.

ü  Mengunjungi atau memuat turun dari alamat tertentu misalnya laman Hacker,  laman porno atau pun laman lain yang tidak jelas pengendaliannya.


Apakah Cecacing (Worm)

Cecacing komputer juga mempunyai persamaan dengan virus komputer tetapi ia tidak memerlukan pembawa (seperti e-mel atau disket) untuk menjangkiti komputer lain.  Program perisian yang sangat kecil ini kebiasaannya akan mampu menyalinkan dirinya sendiri dan berjangkit dari komputer kepada komputer dalam satu rangkaian komputer (seperti rangkaian komputer di sekolah atau pejabat).  Selepas sesebuah komputer dalam rangkaian dijangkiti, cecacing akan melakukan aktiviti pengimbasan (scan) kepada komputer-komputer lain dalam rangkaian untuk mencari kelemahan agar ia boleh menjangkiti lagi komputer seterusnya.  Ia mampu melakukan beratus atau beribu imbasan dalam seminit. Jika terlalu banyak imbasan boleh menyebabkan sesuatu rangkaian menjadi perlahan seperti pengguna sukar mengakses e-mel, membuka laman web dan sebagainya.


Apakah Kuda Trojan (Trojan Horse)

Trojan juga termasuk dalam kategori program komputer yang merosakkan. Ia merupakan program yang sering mengelirukan pengguna dengan mendakwa boleh melakukan sesuatu (seperti membaiki kelemahan program komputer) tetapi akan melakukan sebaliknya.  Program Trojan yang dikenali sebagai Trojan Horses itu kadang kala akan memadamkan seluruh cakera keras komputer anda jika ia telah dipasang.
Bagaimanapun,  program ini tidak boleh menyalinkan dirinya sendiri untuk berjangkit kepada komputer.  Trojan jenis Back Door pula akan berada dalam komputer anda dan ‘membuka pintu’ kepada virus atau pengguna komputer di luar mengakses sistem komputer anda.






Kesan Serangan Virus Komputer

ü Kerosakan pada perisian komputer,  fail maklumat dan juga perkakasan komputer.

ü Gangguan rangkaian komputer samada capaian ke Intranet dan Internet menjadi perlahan.

ü Pengguna komputer dan Internet akan mengalami gangguan kerja dan emosi (stress).


Simptom-Simptom PC Diserang Virus


ü Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan.  Fail-fail penting yang digunakan untuk menjalankan sistem hilang secara tiba-tiba.  Windows tiba-tiba sahaja reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.

ü Keupayaan atau prestasi PC menjadi perlahan.  Kadangkala PC menjadi hang dan juga keluar mesej ‘Out-of-memory’ walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.

ü Kotak dialog terpapar pada skrin secara tiba-tiba menyatakan program tertentu tidak dapat dijalankan.

ü Muncul secara tiba-tiba program-program yang tidak pernah dipasang (install).

ü Menerima e-mel yang mengandungi lampiran yang pelik.

ü Ruang cakera keras (hard disk) berkurang dengan cepat.

ü Fail-fail tiba-tiba hilang.

ü Fail-fail digantikan dengan kandungan aneh.

ü Semakan menggunakan perisian antivirus menyatakan terdapat virus dalam komputer.

ü Perisian antivirus hilang secara tiba-tiba dan tidak boleh dipasang (install) semula.


Cara Menghindari Virus Komputer

ü Gunakan Persisian Asli.  Hargai dan hormati Hakcipta.  Hindari menggunakan perisian tiruan dalam apa juga keadaan sekalipun.  Awas!  Windows Update tidak boleh dijalankan pada Windows cetak rompak.

ü Pastikan Sistem Operasi Sentiasa Dikemaskini.  Perisian sistem pengoperasian Windows hendaklah sentiasa dikemaskini (jalankan Windows Update)  bagi memastikan sistem sentiasa selamat dari serangan virus dan penggodam.  Tukarkan kata laluan (password) kepada yang lebih sukar untuk dijejaki umum.  Jangan e-melkan kata laluan kepada sesiapapun.

ü Gunakan Perisian Virus Terkini Dan Dikemaskini.  Pasang perisian antivirus untuk melindungi komputer anda dan pastikan fail tandatangan (signature) yang terkini telah dimasukkan.  Anda perlu kemaskini tandatangan virus sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari bekerja.

ü Imbas Virus Secara Harian.  Jadualkan untuk mengimbas komputer setiap hari bagi mengesan virus.  Jadual imbasan boleh dilakukan pada waktu rehat,  seperti waktu tengah hari.

ü Periksa Lampiran E-Mel.  Waspada terhadap virus yang datang sebagai lampiran e-mel dari punca yang tidak dapat dikenalpasti.  Jangan buka sebarang lampiran sehingga benar-benar pasti apa isi kandungannya.

ü Periksa Fail Yang Dimuat Turun.  Periksa cakera liut dan fail yang dimuat turun dari internet terutama dari punca yang tidak diketahui menggunakan perisian antivirus sebelum menggunakannya.

ü Hentikan Semua Aktiviti Komputer Yang Telah Dijangkiti.  Jika komputer telah dijangkiti oleh virus komputer,  semua aktiviti menggunakan komputer tersebut mesti dihentikan dan lakukan proses penghapusan virus.  Meneruskan penggunaannya akan membantu virus merebak dengan lebih giat.

ü Kerap Membuat Salinan (Backup).  Selalulah membuat salinan aturcara dan data.  Membaikpulih menggunakan salinan adalah langkah yang paling selamat bagi mendapatkan kembali fail selepas diserang virus.

ü Pasang Personal Firewall.  Sebagai perlindungan tambahan,  anda boleh memasang perisian firewall peribadi.  Tetapkan ke tahap keselamatan paling tinggi untuk pelayar web.  Penggunaan perisian ini memerlukan kefahaman yang sewajarnya terhadap transaksi yang berlaku dalam komputer anda.

ü Buang Fail Dan Perisian Yang Tidak Bermanfaat.  Buang fail-fail dan perisian yang tidak diperlukan dalam tugasan harian.

Cara Mengesan Dan Menghapuskan Virus Komputer

ü Install perisian antivirus seperti Symantec / Avira / AVG
ü Kemaskini fail tandatangan virus (virus signature).
ü Imbas (scan) dan bersihkan (clean) sekiranya virus dijumpai.
ü Rujuk laman web antivirus sekiranya virus tidak dapat dibersihkan oleh perisian antivirus.





Teng read my entry.Plz like n Give Comments

KESELAMATAN KOMPUTER


Apakah Itu Keselamatan Komputer ?

Amalan melindungi sistem komputer dari kegagalan, ancaman, risiko dan kelemahan dari pelbagai sudut seperti kesalahan manusia atau operasi,  serangan dan bencana alam yang boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau maklumat dipinda secara tidak sah,  kemusnahan atau denial-of-service.


Apakah Keselamatan Sistem Komputer ?

Ini adalah merupakan langkah-langkah perlindungan keselamatan yang berasaskan teknologi termasuk prosedur pengurusan yang dibentuk untuk melindungi aset ICT.



Apakah Keterdedahan Maklumat

Maklumat yang dilindungi atau dikawal edarannya didedahkan secara tidak sah atau hilang kawalan terhadap maklumat sensitif.


Apakah Itu Penggodam (Hacker) ?

Seseorang yang cuba memecah masuk ke dalam sistem komputer (sama ada berjaya atau gagal) yang ia tidak diberi kuasa untuk mengakses sistem tersebut.


Apakah Insiden Keselamatan ICT ?

Ini bermaksud musibah yang berlaku ke atas sistem ICT atau ancaman kemungkinan berlaku kejadian tersebut.  Ia juga boleh merupakan sesuatu perbuatan yang melanggar dasar keselamatan ICT sama ada yang ditetapkan secara tersurat atau tersirat.


Apakah Itu Audit Keselamatan ICT ?

Merupakan pemeriksaan ke atas prosedur serta langkah keselamatan ICT untuk menilai kepatuhan dan kesempurnaan terhadap dasar keselamatan ICT.


Apakah Itu Kawalan Keselamatan ICT

Merupakan teknik dan kaedah bagi memastikan hanya pengguna yang sah dan telah diberi kuasa dapat mengakses sistem maklumat dan aset ICT.






Teng read my entry.Plz like n Give Comments

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

                  
Komputer adalah sebuah alat elektronik atau mesin automatik yang digunakan untuk memproses data.  Komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu manusia menyelesaikan masalah dalam memproses data seperti :-

-Menerima arahan (input) dan memasukkan data dari pengguna.
-komponen-komponen komputer dibahagikan kepada dua asas iaitu perkakasan (hardware) dan perisian (software).
 
 
Perkakasan (hardware)
 
Bahagian yang dapat dilihat dengan mata kasar.  Ia merupakan gabungan litar (circuit) dan chip silikon,  peranti-peranti seperti cekera keras dan cekera liut yang menyimpan data, memori yang menyimpan maklumat untuk diproses oleh pemproses utama. Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus, monitor,  papan induk,  RAM, kad video,  kad bunyi,  kad rangkaian (Network Card).


 
 
Perisian (software)
 
Merupakan arahan-arahan yang digunakan oleh komputer untuk memproses maklumat. Perisian mempunyai beberapa jenis seperti perisian sistem operasi, perisian sistem aplikasi. Contoh perisian operasi untuk komputer peribadi (PC) adalah seperti program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP, Win7,Win Vista.  Salah satu program sistem operasi percuma yang diiktiraf ialah program Linux.  Contoh perisian sistem aplikasi pula adalah seperti Microsoft Office,  Adobe Page Maker,  Adobe Photoshop dan sebagainya.

      ·     Melaksanakan arahan (memproses) input atau data yang diterima berbentuk pengiraan,  logik memanipulasi data secara automatik dan sebagainya.
      ·     Menyimpan data atau program dalam ingatan sekunder.
      ·     Menghasilkan laporan atau sebarang keputusan dari kerja-kerja pemprosesan.
      ·     Laporan boleh disimpan dan boleh dipanggil semula pada bila-bila masa.






Teng read my entry.Plz like n Give Comments