photo 8.png  photo 9.png  photo 10.png  photo 11.png

♥FoLLow My BloG♥

Apa Itu Microcontroller ?? (^_^)


Tahu tak apa itu microcontroller? Bagi student atau bekas student engineering, mungkin tahu benda ni. Adakah ia seperti biskut kering? Tidak, benda ini sangatlah penting dalam sistem teknologi sekarang. Cewah, macam expert pulak. Nak ajar budak sekolah tadika boleh la.

Sebenarnya microcontroller dalam bahasa mudahnya adalah IC yang boleh diprogramkan. Apa pula IC ni, Identity Card ke? Bukanlah. Identity Card kan sudah dikenali sebagai MyKad. IC iaitu Integrated Circuit, ala komponen warna hitam yang banyak kaki tu.

Microcontroller ini seperti komputer kecil yang mempunyai CPU, RAM, ROM, input/output port dan serial communication interface. Terdapat banyak microcontroller di pasaran seperti ARM, Atmel, Freescale, PIC, Rabbit2000 dan sebagainya. Bagi memprogram IC ini, dilakukan oleh programmer menggunakan bahasa komputer lah kan. Contohnya assembly language atau C language.

Kelebihan microcontroller ini menjadikan system design dalam elektrik menjadi lebih kecil (hardware) kerana telah digabungkan dengan system software. Dengan gabungan software juga menjadikan system lebih cekap atau pandai iaitu Artificial Intelligence (AI).


Saya baru nak mempelajari microcontroller PIC yang biasanya dikenali Peripheral Interface Controller. Saya baru semester 5 masih banyak yang perlu saya belajar dalam masa 18bulan berada di adtec Melaka ini. Belum cukup masa yang diberikan,terpakasa mencari sendiri dan berkongsi maklumat dengan kawan2 .pada blogger2 atau sesiapa saja  yang lebih berpengalaman dalam bidang ini diharap sudi berkongsi dengan saya kerana masih banyak ilmu yang hendak dipelajari. Lastly nak cakap, Giler Canggih microcontroller ni. Nanti boleh buat automation system, buat robot dan buat traffic light. Kalau tak nak, nak buat bodo pun boleh. Hehe